Assalamualaikum!
Dah lama tak berbicara dengan tetamu blog Isuwanita39. Terima kasih kepada yang sudi melayari blog yang tidak seberapa ni. Ingin dinyatakan apa yang saya letakkan di blog ni adalah tiada lain tujuannya hanya untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu yang bermanafaat untuk kita semua. Saya amat memerlukan apa saja komen dari semua.
Ada satu cerita yang saya ingin kongsikan di sini. Baru-baru ni sewaktu saya melayari internet yang tanpa sempadan ni saya terjumpa satu blog orang Malaysia yang mendedahkan cerita Sufiah, pelajar genius yang telah mengemparkan masyarakat Malaysia dengan apa yang beliau lakukan dan rasanya semua sudah maklum.
Apa yang ingin saya katakan adalah blog itu bukan setakat mendedahkan apa yang telah Sufiah lakukan tapi di dedahkan juga gambar-gambar berserta klip video Sufiah yang sungguh mengaibkan. Saya amat terkejut dan rasa sedih yang tidak terkira sebab saya rasa tujuan penulis blog itu adalah untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku atau mungkin untuk menunjukkan bukti. Walaubagaimana pun rasanya matlamat tidak semestinya menghalalkan cara! Rasanya cukuplah sekadar komentar atau selitkan saja gambar yang tidak menonjolkan keseksian siapa2 saja kerana ia boleh menimbulkan fitnah yang cukup besar kepada umat Islam.
Menjadi tanggungjawab kita sebenarnya untuk menjaga aurat saudara Islam kita. Sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w:
“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia nescaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesusahan nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (Hadis riwayat Muslim)
Mula hari ini sama-samalah kita menghitung dan meneliti diri kita sendiri yang terlalu banyak kekurangan, cacat dan cela. Kalau nak dikira kita tiada masa untuk memikirkan aib atau kekurangan yang ada pada orang lain. Jangan membuang masa dengan bersusah payah hendak membongkar rahsia orang. Kalaupun orang itu memang bersalah, itu adalah antara dia dengan Tuhan. Kalau benar kita ingin membantu, berilah sesuatu yang boleh dia manafaatkan dalam hidup dia bukan menambahkan lagi perasaan ingin memberontak dalam dirinya. Kita tidak tahu mungkin suatu hari nanti orang yang kita hina itu akan jadi manusia yang lebih baik dari kita.
Maaf seandainya ada kata-kata yang menyentuh hati sesiapa...
Katakanlah walaupun amat pahit demi untuk kebaikan bersama.....
Wassalam.
ikhlas dariku. UMMU kauthar
No comments:
Post a Comment