Resipi kat bawah ni untuk yamg malas atau tak da masa nak bakar ikan.... cuba la... Terangggggkaaaaat!
IKAN MASAK ALA PERCIK
1kg ikan tenggiri/ bawal/ kembung/ lain-lain ikan
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/3 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu teh belacan
3 sudu besar cili boh
2 cawan santan pekat
1 sudu besar asam jawa
Minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Ikan dibersihkan dan di lumurkan dengan sedikit garam. Goreng sehingga garing.
2. Bahan A dimesin dan dicampur dengan belacan dan cili boh.
3. Tumis bahan di atas sehingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan santan, garam, gula, air asam jawa dan serbuk perasa.
5. Kacau sehingga pecah minyak dan pekat.
6. Masukkan ikan yang di goreng tadi.
7. Biarkan seketika. Tutup api.
8. Boleh dihidangkan.
• Kuah ini hendaklah dimasak didalam kuali
• Kalau hendak di tambah serai yang dititik pun boleh
• Lebih sedap kalau menggunakan ikan tenggiri dan ikan bawal
Cadangan hidangan: Nasi putih, sayur campur, sambal
1 comment:
salam
sila emel kpd saya jk mempunyai sebarang persoalan
saatcham@yahoo.com
http://jomtulis.blogspot.com/
terima kasih
Post a Comment