Adakah anda pengguna kad kredit??? Inilah yang boleh dianggap bala oleh sesetengah orang. Dulu sebelum teknologi kad kredit diperkenalkan bila tak da duit memang kita tak boleh nak beli apa yang kita nak, nak buat pinjaman memakan masa yang panjang dan pelbagai prosedur. Tapi sekarang pergi je kekedai ambil barang yang kita inginkan, hulur je kredit kad anda segera boleh dapatkan barang tersebut walaupun dalam akaun anda cuma ada RM50. yang lebih parah lagi remaja yang baru mula berkerja pun dah boleh memiliki kad kkredit. Saya pernah lihat macam mana seorang pembeli di sebuah pasaraya yang menggunakan kredit kad, hulur satu ‘reject’, hulur satu lagi ‘reject’ juga sampai kad ketiga baru ok. MasyaAllah sampai tiga kad dan barang yang hendak dibeli pada waktu itu hanya sebungkus ‘diapers’ anak. Saya terfikir berapa banyaklah hutang dia dalam bank kalau keadaan dah macam tu. Dan ada kawan suami saya yang akan mendapat anak pertama, memandangkan dia tiada duit simpanan dia berbelanja dengan begitu mewah untuk menyambut kedatangan anak baru mereka dengan menggunakan kad kredit. Maklumlah anak pertama, semua barang yang dibeli yang ‘branded-branded’ memikirkan orang yang akan menziarahi nanti bila anak dilahirkan pasti akan melihat brand apa yang dibeli. Sebenarnya kita yang menyusahkan diri kita, dok fikir apa orang kata sedangkan orang tak sempat nak tanya pun brand apa, berapa harga, beli kat mana. Kadang-kadang kita yang syok sendiri atau mementingkan pandangan manusia lebih dari memikirkan setakat mana kemampuan kita.
Itu semua belum cerita pasal kenduri kawin orang sekarang. Nak kawin pun sanggup buat pinjaman peribadi. Sebabnya nak buat kat hotel, majlis yang grand-grand. Akhirnya sampai anak dah tiga empat tapi hutang masih tak habis lagi. Tujuan ikatan perkahwinan untuk mendapat keberkatan sudah jauh tersimpang. Inilah yang menyebabkan banyak masalah berlaku dalam institusi perkahwinan sekarang. Kalau kita lihat nenek-nenek kita dulu kawin dalam majlis yang sangat ringkas tapi mereka bahagia sampai ke akhir hayat. Fikir-fikirkanlah.
Ada kawan saya datang merungut, katanya bila ke pasaraya sekarang bukan setakat harga beras, susu, minyak masak yang naik tapi hampir keseluruhan barang naik termasuklah sabun mandi, shampoo dan segala macam benda kat pasarayalah yang naik. Sampaikan dia terpaksa berada lama disitu untuk melihat dan mencari produk yang menawarkan harga yang paling rendah. Itupun nasib baik duduk lama kat pasaraya tidak dikenakan cas bayaran. Inilah situasi kita sekarang.
Ada seorang lagi teman saya, dia seorang guru sekolah, dia bagitahu ada kawan dia bawa kain tudung untuk dijual dekat sekolah. Semua cantik-cantik tudungnya, sekali fikir rasa nak beli tapi dua kali fikir hati kata tak payah beli. Dia bagi tahu saya sekarang ni kalau nakkan sesuatu kena berkira dah tak macam dulu ikut suka nak beli apa pun sebab barang murah, sekarang bila nak membeli sesuatu kena fikir cukup ke belanja bulan ni, mana nak beli lauk pauk, pampers anak, minyak kereta, sekolah anak dan macam-macam lagi.
“Sekarang ni kalau pendapatan keluaraga rm3000 pun tak cukup”, kata kawan saya. Kalau pakai orang gaji lagilah. Tapi kalau tak pakai orang gaji kena hantar anak kat nurseri pulak, lagi kantoi! Nak menghantar minyak kereta, lambat ambil kena tambah lagi bayaran. Satu hal yang mungkin tak terfikir, semua barang naik, gaji orang gaji tak naik ke??? Parah juga tu kan. masalahnya kalau pendapatan rm3000 tak cukup, kalau yang kurang dari itu macam mana nak hidup. Tambahan pula kalau yang tinggal di bandar. Ada yang kata makan ubi kayu je lee. Tapi kalau tinggal kat Bandar nak tanam ubi pun susah.
Ni sekadar nak bincang-bincang je... segala komen sangat dialu-alukan. TQ.. Lain kali kita sambung lagi bicara..
Wassalam.
No comments:
Post a Comment