Kat atas tu adalah minyak zaitun... Anda tahu tak minyak zaitun banyak keistimewaan dia terutama untuk kesihatan. Dari aspek kesihatan ia boleh merendahkan kadar kolestrol dalam darah. Selain dari itu ia juga dapat berfungsi untuk mengelakkan kanser kolon. Dan penyakit koronori jantung dan angin ahmar juga dapat dielakkan dengan pengambilan minyak zaitun.
Saya dan suami selalu ambik minyak zaitun ni. Stok selalu ada kat rumah. Kalau nak beli belilah yang "Extra Virgin" dan yang di buat secara "cold press". Cara nak ambik adalah dalam satu sudu besar sekali sehari. Kalau nak lebih pun tak apa. Nak guna untuk memasak lagi bagus....
Satu lagi kalau orang ada penyakit buasir memang elok.. ambik satu sudu waktu pagi setiap hari, tak sampai sebulan boleh lihat kesan dia. Cubalah untuk kesihatan... dalam Al-Quran pun ada menyatakan kebaikan minyak ni..
Al-Quran pun ada menyebut tentang zaitun dalam Surah Al-Tin, ayat 1, Surah Al-Mukminun, ayat 20 dan Surah Al-Nur ayat 35.
"Demi (buah) tin dan (buah) zaitun." (Al-Tin: 1)
"Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak..." (Al-Mukminun: 20)
"...pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh...." (Al-Nur: 35).
Apa tunggu lagi dapatkan di pasaraya sekarang!!!!
Sekian..
No comments:
Post a Comment