07 July 2008

Resipi Cekodok Roti

Assalamualaikum!
Masak apa hari ni? Hari ni saya nak kongsi satu resipi ngan semua.... Resipi cekodok roti atau jemput-jemput roti. Kalau kat rumah tu ada roti yang berlebihan atau kulit-kulit roti boleh la di simpan.Bila dah agak banyak boleh la dibuat cekodok. Resipinya seperti di bawah:

Cekodok Roti

1 bungkus roti
1 cawan tepung
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 biji cili hidup

Cara Membuatnya:

Carik-carikkan roti kecil-kecil. Rendam dalam sedikit air sekadar untuk menghancurkan roti. Ramas-ramas roti supaya semuanya hancur. Masukkan tepung. Gaul sebati. Bawang, cili, tomato semua dihiris nipis. Masukkan kedalam bahan tadi. Gaul sehingga sebati. Selepas tu bolehlah di goreng. Makan dengan sos cili... yummyyyy!
Cuba ya jangan tak cuba..

No comments: