Assalamualaikum!
Hari ni nak cerita sekit pasal 'mata'.. Mata adalah pancaindera yang sangat berharga buat kita semua. Dan kalau mata ok je tak perlulah kita pakai 'spek' kan. Masalahnya bile umur dah meningkat ni mata pun biasanya semakin 'KO'.. hu hu. Biasanya nak kearah rabun dekat... Biasalah nak tengok 'paper' pun dah kena jauh-jauh dari biasa. Pastu nak cucuk benang pun asyik fail je)- hi hi...
Baru-baru ni saya ada ke 'watson' terjumpalah satu alat untuk merawat atau mengurangkan kesan rabun jauh dan dekat. Alat ini lebih kepada untuk buat mata kita seolah-olah sedang 'exercise'. Saya pun cuba gak. Ok laaaa! he he. Tapi harga dia pun best gak RM1700. Kalau yang mampu tak da masalah. Tapi untuk yang kurang mampu atau takut budget lari maklum lah semuanya dah naik sekarang!!! hmmmm Saya nak berikan beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk merawat mata kita supaya sihat selalu. InsyaAllah:
- Anda hendaklah pergi ketempat yang banyak pohon menghijau, lihat pokok-pokok tersebut sambil memusingkan mata anda (bukan kepala). Pusingkan ke kiri, ke kanan, Ke atas, ke Bawah. Buat 5-10 minit, seberapa kerap masa yang anda ada. Ingat1 pusing mata bukan kepala. Lepas anda lakukan aktiviti ini insyaAllah mata anda akan rasa segar dan terang.. atau kalau tak da masa nak mengadap pohon menghijau pusing2 je mata bila rasa penat..
- Selain dari itu anda juga boleh la amalkan membaca selawat 7x, pastu hembus kat telapak tangan dan gosokkan telapak tangan dengan lembut ke mata bila bangun pagi. Niat dalam hati supaya Allah bagi terang mata kita.
- Dan satu lagi makanlah kerot banyak2. Go ci pun elok untuk mata. Go ci banyak di jual di kedai ubat cina. Dia macam kismis, berwarna merah dan rasanya manis.
Ini adalah usaha kita selagi hidup di muka bumi Allah. Tapi Allah yang menentukan segalanya. Dan setiap ketentuan pasti ada hikmahNya. Selamat Mencuba!
JANGAN LUPA UNTUK DAPATKAN BAB PERCUMA BUKU ' RAHSIA BISNES MLM DI INTERNET'. SILA LAWATI LINK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN TAWARAN TERSEBUT:
WASALAM....
No comments:
Post a Comment