13 July 2008

KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA LIDAH MANUSIA BINASA

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak kongsi satu cerita tentang realiti sebuah kehidupan. Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari berhubungan dengan manusia. Kalau nak lari boleh, tapi terpaksa duduk kat dalam hutan la. Gurau je..hi hi.

Tapi bila berhubung dengan manusia macam-macam pula timbul masalah. Tambahan dalam dunia yang penuh dengan fitnah sekarang. Manusia sudah tidak takut untuk melakukan apa saja demi untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka sanggup menghancurkan hidup orang lain asalkan mereka boleh hidup senang lenang. Kenapa ini semua berlaku???? Apa yang jelas adalah mereka sanggup buat begini kerana mereka tidak nampak betapa pedih siksa Allah untuk orang-orang yang suka membawa dan membuat fitnah.
Biasanya orang yang suka menfitnah ni adalah orang yang mempunyai kepentingan yang bersifat duniawi seperti untuk mendapat pengaruh, kekayaan dan yang paling jelas adalah hasad dengki. wanauzubillah.Dan manusia lebih suka melihat silap orang sedangkan diri sendiri sentiasa rasa hebat.

Dan bagaimana pula keadaan mangsa yang terkena fitnah??? Ada ke orang yang bersimpati atau yang cuba pergi bertanya adakah benar cerita yang mereka dengar tentang berita itu. Yang jelas bila manusia menerima sesuatu berita mereka lebih senang menerima cerita itu dan disampaikan pula kepada orang lain, lebih teruk lagi bila cerita yang sejengkal jadi sedepa, masyaALlah. Makin teruk la jadinya keadaan. Si mangsa hanya akan terus menerima kutukan sedangkan dia sendiri sudah tidak mampu untuk membela diri. Inilah fenomena yang berleluasa sekarang.

Tapi tiada siapa yang sedar betapa si mangasa tadi telah dinaikkan darjat keimanan mereka seandainya mereka bersyukur atas apa yang telah berlaku. Mungkin darjat itu tidak nampak dipandang manusia tapi hanya ALlah yang maha mengetahui dan bukankah kasih sayang Allah itu kasih sayang yang kekal abadi dan akan membawa ke syurga hakiki. Manusia kadang-kadang mengaku beriman sedangkan mereka masih belum diuji oleh Allah s.w.t. Bila diuji barulah kita dapat lihat sekuat mana keimanan kita kepada Allah.

Kalaulah begini rupa dunia pada masa kini adakah salah bila kita menjauhkan diri dari mereka-mereka yang suka menyakiti hati??? Bila dekat pasti dosa akan terus bertambah kerana lidah tidak pernah kenal erti takut pada Ilahi. Itulah lidah yang tidak bertulang....

20 Dosa Lidah

1. Bercakap perkara yang tidak perlu.
2. Bertanya hal-hal urusan orang lain yang tidak berkenaan dengan diri sendiri dan agamanya.
3. Bercakap hal-hal kebatilan; parti -parti dosa, aktiviti maksiat dsb.
4. Bertengkar dengan melahirkan kekurangan pihak lawan.
5. Bertelingkah menegakkan kebatilan.
6. Memaksa diri meniru bahasa-bahasa indah dengan dibuat-buat dan tidak perlu.
7. Bahasa kotor, cabul dan memaki hamun.
8. Melaknat perkara yang tidak diizinkan Syarak.
9. Bersenda-gurauan berlebih-lebihan yang menimbulkan kemarahan orang.
10. Bernyanyi dan bersyair dengan menggunakan perkataan dan tujuan yang tercela.
11. Membocorkan rahsia.
12. Janji bohong.
13. Menghina dan mengejek.
14. Bercakap bohong.
15. Mengumpat
16. Mengadu-domba.
17. Batu-api, talam dua muka.
18. Memuji berlebih-lebihan.
19. Bersumpah dengan selain Allah.
20. Bertanya perkara yang pelik-pelik dan tidak masuk akal.

Semoga kita sentiasa menjaga lidah dari melakukan sesuatu yang dapat merosakkan iman kita kepada Allah. Dunia ini hanya tempat persinggahan sebelum ke akhirat yang kekal abadi. Selagi mana kita melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah kita tidak perlu takut dengan apa tohmahan manusia kapada kita. UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA.....SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK...AMIN YA RABBALA'LAMIN.

Wassalam.

No comments: