31 July 2008
Tinggalkan Masalah Anda Sebentar......
Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang ‘Stress Management’. Dia memngangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya, “berapa beratkah segelas air ini pada fikiran kamu semua?” Mahasiswa menjawab berat air mungkin dalam 20gram hungga 500gram.
“Ini bukanlah berat secara total, tetapi bergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama satu minit, ia tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya memegangnya selama satu hari, mungkin anda harus memanggil ambulan untuk saya. Beratnya sebenarnya sama tapi semakin lama saya memegangnya beban yang akan ditanggung badan saya akan bertambah” Jawab pensyarah itu.
“Jadi jika kitamembawa beban terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu mambawanya lagi. beban itu akan bertambah beratnya”. “Jadi apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas itu dan berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi”.
“Kita harus meletakkan beban itu secara periodic, agar kita merasa lebih segar dan mampu membawanya lagi”. Bermakna sebelum pulang ke rumah dari pejabat atau ke mana saja, tinggalkan beban pekerjaan anda. Jangan membawanya pulang. Beban itu boleh diambil pula keesokan hari. Apapun beban yang ada dibahu anda sekarang,
28 July 2008
Puisi Menuju Tunggak Kejayaan!
Assalamualaikum!
Beberapa minggu lepas anak saya nak masuk pertandingan mencipta puisi. Jadi dia yang tidak ada pengalaman membuat puisi meminta pertolongan saya untuk buat puisi tersebut. Jadi saya yang memang sentiasa bersedia untuk membuat puisi ni pun buatlah.... Bila keputusan dikeluarkan puisi tu dapat tempat kedua... alhamdulillah... Walaupun saya buat dalam keadaan tergesa-gesa tapi ianya terkesan dihati penganjur.. kat bawah ni puisi tu la.. Sekadar untuk dihayati bersama..
MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN
Ya Tuhanku,
Dalam perjalanan yang penuh berliku
Hanya pertolongan Mu yang aku pohon,
Agar perjalanan ini sentiasa dalam rahmatMu,
Dalam petunjukMu yang tidak akan pernah putus-putus,
Kerana aku yakin tanpa diriMu tiada ertinya perjalanan ini….
Ya Tuhanku,
Redhailah perjuanganku ini,
Demi sebuah kejayaan dalam kehidupan di dunia,
Dan demi kehidupan yang bakal menantiku,
Di sebuah tempat abadi diakhirat nanti…
Ya Tuhanku,
Aku ingin memberi rasa gembira,
Rasa bahagia, rasa tenang kepada kedua ibubapaku,
Dengan kejayaan yang bakal kucipta…
Dan Tuhanku aku akan terus berusaha,
Bejuang demi masa depanku,
Demi kesejahteraan sejagat,
Bantulah aku Ya Rahman,
Dalam MENUJU TUNGGAK KEJAYAAN abadi…..
Hasil Nukilan,
Ummu Kauthar.
27 July 2008
Ikan Segar Bukan Lagi Segar
Baru-baru ini saya menerima suatu email yang menarik perhatian saya dihantar dari seorang rakan. Dalam email tersebut menyatakan taktik pembekal ikan segar yang menggunakan sejenis bahan kimia sebagai pengawet. Saya fikir tentu ramai di kalangan pembaca sekalian juga ada mendapat email rantai seperti berikut:
Kekawan,
>
> Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya
> bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu
> disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat
> dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan
> setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah
> ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu
> dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan
> ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama
> sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.
> Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam...
> Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan
> Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk
> mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha
> perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu
> kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?
>
>
> Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam
> air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala
> bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan
> jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar
> bila sampai ke distinasinya.
>
> Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN?
> FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat
> supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'..
>
> Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia
> ini. Sekarang..
> Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari
> mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli
> ikan di pasar...
>
> Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK
> dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam
> dengan kimia Fomilin... Kerana .. Lalat lebih mengetahui.
>
> Wallahualam. .........
Berikut adalah reply dari saya kerana rasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan saya berkenaan email tersebut.
Terima kasih atas peringatan ini. Rasa terpanggil untuk menjelaskan situasi ini menurut pengetahuan saya.
Sebenarnya, bahan kimia yg disebut ini sudah lama digunakan untuk memanjangkan jangka hayat kesegaran ikan, bukan saja di Thailand, malah di Malaysia. Ramai yg masih belum sedar. Ramai juga yg tak mahu berfikir bagaimana ikan yg mereka makan setiap hari atau dibeli di kedai boleh dianggap SEGAR?
Adakah kerana ia diperolehi di pasar-pasar segar, maka ia dianggap "segar". Bagaimana pula rak-rak makanan sejuk beku di pasaraya? Adakah ikan, daging dan sayur-sayuran dianggap segar juga? Fikirkan kembali!
Sepatutnya ikan yg baru ditangkap sehari yg lalu sahaja yg boleh dianggap segar. Adakah anda fikir ikan yg anda makan baru ditangkap semalam? Sebenarnya tidak!
Kerana untuk memasarkan ikan yg baru ditangkap ke seluruh pelusuk negara memerlukan perjalanan yg jauh. Perjalanan yg jauh megambil masa yg lebih lama utk sampai. Ikan tidak akan boleh bertahan lama utk perjalanan yg jauh. Kenderaan yg digunakan utk memasarkan ikan-ikan tersebut memerlukan kemudahan sistem sejuk beku selama 24 jam sehari tanpa berhenti. Ia membabitkan kos yg tinggi dan tidak ekonomik. Cuba perhatikan kembali kenderaan atau lori yg digunakan utk membawa ikan di pasar-pasar! Adakah mempunyai kemudahan seperti ini? Jika adapun, belum tentu ikan tersebut ikan yang baru ditangkap!
Maka utk menjimatkan kos penyelenggaraan, pembekal tentu mencari alternatif lain supaya ikan-ikan dan daging dpt bertahan lama tanpa memerlukan kos yg tinggi.
Oleh itulah, mereka beralih kepada penggunaan bahan kimia yg disebut "FORMALIN". Selain nama ini, ia juga disebut dengan nama-nama lain iaitu:
Ivalon,
Quaternium-15,
Lysoform,
Formalith,
BVF,
Methylene oxide,
Formalin,
Morbicid,
Methanal,
Methyl aldehyde,
Oxomethane,
Formic aldehyde,
Fannoform,
Fyde,
Lofol,
Oxymethylene,
Formol,
Superlysoform
Nama Quaternium-15 terdapat dalam hampir semua produk kosmetik dan jagaan rambut.
Orang yg pernah mendengar cerita ini dikelirukan kononnya cecair dari mayat digunakan untuk mengawet ikan. Sebenarnya, bukan semua mayat mahu diawet. Formalin adalah bahan kimia yg cukup berkesan utk memelihara keadaan tisu mayat apabila terjadi sesuatu kes pembunuhan supaya dpt memberi maklumat yg berguna kepada pihak berkuasa atau penyiasat. Ia dapat mengekalkan kesan luka, lebam dan sebagainya utk tempoh yg lama supaya bahan bukti dapat terpelihara. Ia juga cukup berkesan utk mengelak jangkitan bakteria atau kulat kerana sifatnya membunuh bakteria dan kulat. Kini ia sudah disalahgunakan. Tidak hairan ia digunakan sebagai pengawet dalam suntikan vaksin.
Formalin juga disebut sebagai formaldehyde. Formaldehyde cukup merbahaya dan diketahui sebagai karsinogen iaitu bahan bahan penyebab kanser. Di Eropah, penggunaan formaldehyde telah diharamkan pada tahun lepas (2007). Di Jepun, penggunaan formaldehyde diharamkan ke atas produk-produk kosmetik. Formaldehyde di dalam tubuh diubah menjadi asid formik, membawa kepada kandungan asid yang tinggi di dalam darah. Penggunaan bahan yang mengandungi formalin dalam jangka panjang akan menambahkan risiko mendapat penyakit kanser. Di Malaysia tiada siapa yg peduli tentang bahan ini, mungkin kerana masyarakat di negara ini masih kurang percaya atau kurang pengetahuan. Tidak diketahui sejauh mana kerajaan prihatin tentang penggunaan bahan ini.
Untuk mengenal-pasti ikan-ikan yang sudah dicampur-baur dengan bahan formalin adalah agak sukar melainkan setelah memasaknya. Isi ikan akan kelihatan kehitam-hitaman, isinya keras dan kering walaupun dimasak dengan kuah yang banyak dan rasanya terlalu masin walaupun tidak ditambah garam.
Apa yang nyata, bahan ini jelas terdapat dalam ubat gigi Colgate. Kini, Colgate tidak lagi menyenaraikan kandungan bahan yang digunakan pada bahagian luar botol ubat gigi mereka. Anda perlu berhati-hati kerana ia kini terdapat juga dalam bahan penjagaan badan seperti sabun, syampu, penyegar udara, pencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. Fungsinya, untuk membunuh bakteria. Elakkan membeli produk yang mendakwa sebagai "anti-bakteria". Dengan menggunakan bahan formaldehyde di dalam formula cucian, ia mmg berkesan utk membunuh bakteria. Tetapi, anda juga membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan kerana formaldehyde atau formalin mendatangkan kanser.
Sebarkan maklumat ini kepada SEMUA ORANG supaya email ini berkesan memberi kesedaran kepada masyarakat dan memberi tekanan kepada pihak-pihak tertentu.
25 July 2008
Roti: Antara Bahaya dan Keperluan...
|
24 July 2008
TUTUPLAH AIB SAUDARAMU!!!
Dah lama tak berbicara dengan tetamu blog Isuwanita39. Terima kasih kepada yang sudi melayari blog yang tidak seberapa ni. Ingin dinyatakan apa yang saya letakkan di blog ni adalah tiada lain tujuannya hanya untuk menyampaikan dan berkongsi sesuatu yang bermanafaat untuk kita semua. Saya amat memerlukan apa saja komen dari semua.
Ada satu cerita yang saya ingin kongsikan di sini. Baru-baru ni sewaktu saya melayari internet yang tanpa sempadan ni saya terjumpa satu blog orang Malaysia yang mendedahkan cerita Sufiah, pelajar genius yang telah mengemparkan masyarakat Malaysia dengan apa yang beliau lakukan dan rasanya semua sudah maklum.
Apa yang ingin saya katakan adalah blog itu bukan setakat mendedahkan apa yang telah Sufiah lakukan tapi di dedahkan juga gambar-gambar berserta klip video Sufiah yang sungguh mengaibkan. Saya amat terkejut dan rasa sedih yang tidak terkira sebab saya rasa tujuan penulis blog itu adalah untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku atau mungkin untuk menunjukkan bukti. Walaubagaimana pun rasanya matlamat tidak semestinya menghalalkan cara! Rasanya cukuplah sekadar komentar atau selitkan saja gambar yang tidak menonjolkan keseksian siapa2 saja kerana ia boleh menimbulkan fitnah yang cukup besar kepada umat Islam.
Menjadi tanggungjawab kita sebenarnya untuk menjaga aurat saudara Islam kita. Sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w:
“Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia nescaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesusahan nescaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (Hadis riwayat Muslim)
Mula hari ini sama-samalah kita menghitung dan meneliti diri kita sendiri yang terlalu banyak kekurangan, cacat dan cela. Kalau nak dikira kita tiada masa untuk memikirkan aib atau kekurangan yang ada pada orang lain. Jangan membuang masa dengan bersusah payah hendak membongkar rahsia orang. Kalaupun orang itu memang bersalah, itu adalah antara dia dengan Tuhan. Kalau benar kita ingin membantu, berilah sesuatu yang boleh dia manafaatkan dalam hidup dia bukan menambahkan lagi perasaan ingin memberontak dalam dirinya. Kita tidak tahu mungkin suatu hari nanti orang yang kita hina itu akan jadi manusia yang lebih baik dari kita.
Maaf seandainya ada kata-kata yang menyentuh hati sesiapa...
Katakanlah walaupun amat pahit demi untuk kebaikan bersama.....
Wassalam.
ikhlas dariku. UMMU kauthar
PAKU DAN ERTI KEHIDUPAN.....
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.
"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
23 July 2008
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Perawatannya
Assalamualaikum,
Baru-baru ini diumumkan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau HFMD telah menular di kawasan Taman Tun Dr Ismail. Saya sendiri di klinik Idzham, telah merawat beberapa orang kanak-kanak yang menghidapinya dan telah memberikan cuti yang lama dari sekolah.
Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.
Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan
Perawatan HFMD.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.
ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.
Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.
Rahsia Cincin Berada Di Jari Manis
Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alamsemesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.
*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.
1. Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua ibubapa kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.
2. Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.
3. Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.
4. Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …
kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat.
21 July 2008
Bahaya bahan kimia dalam kosmetik
Kecantikan yang dikejar pada hari ini sering kali berasaskan hawa nafsu dan terpisah daripada petunjuk agama. Kecantikan yang diutamakan ialah yang berkaitan dengan kulit bukannya hati. Islam mementingkan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan zahir, selagi mana ia tidak bercanggah dengan landasan syariat. Menurut Muslim, Nabi Muhammad berkata.” Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu dan tubuh jasadmu tetapi Dia melihat kepada kebersihan hatimu.”
Bahaya kosmetik dan kanser
Jumlah mereka yang menghidap penyakit kanser terus meningkat. Majalah Lancet 1999 melaporkan, lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan menghidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payu dara. Mengikut Persatuan Kanser amerika, setiap seorang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko menghidap kanser dan bagi wanita, setiap seorang daripada tiga orang.. daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di amerika, satu daripada empat berpunca daripada penyakit kanser.
Bagi tahun 2002, dianggarkan 1,200,000 kes-kes baru dapat dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian dianggarkan berlaku setiap hari, disebabkan oleh kanser. Dr. Samuel Epstein (M.D), Pengerusi Gabungan Pencegahan Kanser atau Cancer Prevention Coalition dan penulis buku The Safe Shopper’s Bible dan The Politics of Cancer Revisited menyatakan, bahan-bahan toksik penyebab kanser memang terdapat di dalam produk yang sering digunakan oleh para pengguna pada hari ini, termasuk produk kosmetik. Pada tahun 1990, lebih kurang 38,000 kes-kes kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan kosmetik. Institut Kebangsaan Berhubung Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja di amerika mendapati, terdapat 800 bahan kimia toksik di dalam alat-alat kosmetik yang digunakan pada hari ini. Di antaranaya adalah:
Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA)
Ia adalah sejenis agen pelembap yang mudah bertukar menjadi agen kanser yang dikenali sebagai nitrosamines. Ia terdapat di dalam syampu dan sabun jenis cecair.
Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6
Semua ini adalah bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini dan boleh menyebabkan kanser kulit.
Sodium Lauryl sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Alefin Sulfinate
Bahan-bahan kimia ini dikenali sebagai surfactants dan digunakan bagi membersihkan rambut dan mengeluarkan buih. Ia terdapat di dalam syampu, sebagaian ubat gigi, krim pencukur dan sabun pembasuh baju. Bahan-bahan kimia ini berinteraksi untuk mengeluarkan 1,4 dioxane dan mengikut Institut Barah Kebangsaan di Amerika, bahan kimia ini menyebabkan kerosakan hati dan juga kanser. Dr John baily, Pengrah bahagian Kosmetik dan Pewarna di Pentadbiran pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika melaporkan, kebanyakan syampu, krim dan losen pada hari ini mengandungi kadar 1,4 dioxane yang tinggi.
Isopropyl Alcohol.
Bahan kimia ini diperolehi daripada minyak petroleum dan ia terdapat di dalam alat pewarna rambut, losen-losen tangan, badan dan pencukur. Di antara kesan sampingannya ialah pening kepala, kemurungan atau depression dan koma.
20 July 2008
SEBAR-SEBARKAN MAKLUMAT INI ADALAH BENAR!!!
1. Jika anda makan satay….jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan cancer). Timun pula adalah anti-karsinogen
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!.
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Cuba yang ni…..bagi penggemar makanan ni “Bah Kut Teh” (babi).Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi itu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut
keluar dari sana.Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore”.
4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran
bodyshop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal
Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara
tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.
5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat
sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari.Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah
berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri. Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai “makan untuk mendapat barah” Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!
6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya
melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
16 July 2008
BUKU "AKHIRAT " ( BERHATI-HATI)
Kerajaan telah meluluskan pengunaan perkataan "GOD kepada ALLAH" kepada Kristian untuk penyebaran dakwah mereka di Malaysia. Ini adalah hasilnya..
Mengelirukan orang Islam dan mungkin anak anak kita bakal terpedaya dgn helah mereka.
Berhati hati muslimin dan muslimat.
Tuan/Puan ,
Pada 4 Mac 2008 lalu, saya telah menerima senaskah buku kecil berjudul "Akhirat" yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.
Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan kepada orang awam.
Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat Islam.
Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang .
sumber:isuhangat
15 July 2008
How Beautiful Autumn is!!!
It is December now. Somewhere the ground is covered with deep snow, like it is in Siberia. In other places, like Egypt, it is unbearably hot. Sometimes we do not notice the beauty, which the nature gives us. Though autumn is over, I would like to remind you of those nice autumn days, which are gone. I have collected some pictures, which show how beautiful autumn is and want to share them with you. Please, enjoy.
14 July 2008
PETUA ANAK PINTAR
Ini ada satu petua dari ibu saya...
1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......
sumber:isuhangat
13 July 2008
KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA LIDAH MANUSIA BINASA
Hari ni saya nak kongsi satu cerita tentang realiti sebuah kehidupan. Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari berhubungan dengan manusia. Kalau nak lari boleh, tapi terpaksa duduk kat dalam hutan la. Gurau je..hi hi.
Tapi bila berhubung dengan manusia macam-macam pula timbul masalah. Tambahan dalam dunia yang penuh dengan fitnah sekarang. Manusia sudah tidak takut untuk melakukan apa saja demi untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Mereka sanggup menghancurkan hidup orang lain asalkan mereka boleh hidup senang lenang. Kenapa ini semua berlaku???? Apa yang jelas adalah mereka sanggup buat begini kerana mereka tidak nampak betapa pedih siksa Allah untuk orang-orang yang suka membawa dan membuat fitnah.
Biasanya orang yang suka menfitnah ni adalah orang yang mempunyai kepentingan yang bersifat duniawi seperti untuk mendapat pengaruh, kekayaan dan yang paling jelas adalah hasad dengki. wanauzubillah.Dan manusia lebih suka melihat silap orang sedangkan diri sendiri sentiasa rasa hebat.
Dan bagaimana pula keadaan mangsa yang terkena fitnah??? Ada ke orang yang bersimpati atau yang cuba pergi bertanya adakah benar cerita yang mereka dengar tentang berita itu. Yang jelas bila manusia menerima sesuatu berita mereka lebih senang menerima cerita itu dan disampaikan pula kepada orang lain, lebih teruk lagi bila cerita yang sejengkal jadi sedepa, masyaALlah. Makin teruk la jadinya keadaan. Si mangsa hanya akan terus menerima kutukan sedangkan dia sendiri sudah tidak mampu untuk membela diri. Inilah fenomena yang berleluasa sekarang.
Tapi tiada siapa yang sedar betapa si mangasa tadi telah dinaikkan darjat keimanan mereka seandainya mereka bersyukur atas apa yang telah berlaku. Mungkin darjat itu tidak nampak dipandang manusia tapi hanya ALlah yang maha mengetahui dan bukankah kasih sayang Allah itu kasih sayang yang kekal abadi dan akan membawa ke syurga hakiki. Manusia kadang-kadang mengaku beriman sedangkan mereka masih belum diuji oleh Allah s.w.t. Bila diuji barulah kita dapat lihat sekuat mana keimanan kita kepada Allah.
Kalaulah begini rupa dunia pada masa kini adakah salah bila kita menjauhkan diri dari mereka-mereka yang suka menyakiti hati??? Bila dekat pasti dosa akan terus bertambah kerana lidah tidak pernah kenal erti takut pada Ilahi. Itulah lidah yang tidak bertulang....
20 Dosa Lidah
1. Bercakap perkara yang tidak perlu.
2. Bertanya hal-hal urusan orang lain yang tidak berkenaan dengan diri sendiri dan agamanya.
3. Bercakap hal-hal kebatilan; parti -parti dosa, aktiviti maksiat dsb.
4. Bertengkar dengan melahirkan kekurangan pihak lawan.
5. Bertelingkah menegakkan kebatilan.
6. Memaksa diri meniru bahasa-bahasa indah dengan dibuat-buat dan tidak perlu.
7. Bahasa kotor, cabul dan memaki hamun.
8. Melaknat perkara yang tidak diizinkan Syarak.
9. Bersenda-gurauan berlebih-lebihan yang menimbulkan kemarahan orang.
10. Bernyanyi dan bersyair dengan menggunakan perkataan dan tujuan yang tercela.
11. Membocorkan rahsia.
12. Janji bohong.
13. Menghina dan mengejek.
14. Bercakap bohong.
15. Mengumpat
16. Mengadu-domba.
17. Batu-api, talam dua muka.
18. Memuji berlebih-lebihan.
19. Bersumpah dengan selain Allah.
20. Bertanya perkara yang pelik-pelik dan tidak masuk akal.
Semoga kita sentiasa menjaga lidah dari melakukan sesuatu yang dapat merosakkan iman kita kepada Allah. Dunia ini hanya tempat persinggahan sebelum ke akhirat yang kekal abadi. Selagi mana kita melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah kita tidak perlu takut dengan apa tohmahan manusia kapada kita. UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH DARIPADA PANDANGAN MANUSIA.....SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT PETUNJUK...AMIN YA RABBALA'LAMIN.
Wassalam.
12 July 2008
Apalah nak jadi dengan dunia sekarang!!
Itu semua belum cerita pasal kenduri kawin orang sekarang. Nak kawin pun sanggup buat pinjaman peribadi. Sebabnya nak buat kat hotel, majlis yang grand-grand. Akhirnya sampai anak dah tiga empat tapi hutang masih tak habis lagi. Tujuan ikatan perkahwinan untuk mendapat keberkatan sudah jauh tersimpang. Inilah yang menyebabkan banyak masalah berlaku dalam institusi perkahwinan sekarang. Kalau kita lihat nenek-nenek kita dulu kawin dalam majlis yang sangat ringkas tapi mereka bahagia sampai ke akhir hayat. Fikir-fikirkanlah.
Ada kawan saya datang merungut, katanya bila ke pasaraya sekarang bukan setakat harga beras, susu, minyak masak yang naik tapi hampir keseluruhan barang naik termasuklah sabun mandi, shampoo dan segala macam benda kat pasarayalah yang naik. Sampaikan dia terpaksa berada lama disitu untuk melihat dan mencari produk yang menawarkan harga yang paling rendah. Itupun nasib baik duduk lama kat pasaraya tidak dikenakan cas bayaran. Inilah situasi kita sekarang.
Ada seorang lagi teman saya, dia seorang guru sekolah, dia bagitahu ada kawan dia bawa kain tudung untuk dijual dekat sekolah. Semua cantik-cantik tudungnya, sekali fikir rasa nak beli tapi dua kali fikir hati kata tak payah beli. Dia bagi tahu saya sekarang ni kalau nakkan sesuatu kena berkira dah tak macam dulu ikut suka nak beli apa pun sebab barang murah, sekarang bila nak membeli sesuatu kena fikir cukup ke belanja bulan ni, mana nak beli lauk pauk, pampers anak, minyak kereta, sekolah anak dan macam-macam lagi.
“Sekarang ni kalau pendapatan keluaraga rm3000 pun tak cukup”, kata kawan saya. Kalau pakai orang gaji lagilah. Tapi kalau tak pakai orang gaji kena hantar anak kat nurseri pulak, lagi kantoi! Nak menghantar minyak kereta, lambat ambil kena tambah lagi bayaran. Satu hal yang mungkin tak terfikir, semua barang naik, gaji orang gaji tak naik ke??? Parah juga tu kan. masalahnya kalau pendapatan rm3000 tak cukup, kalau yang kurang dari itu macam mana nak hidup. Tambahan pula kalau yang tinggal di bandar. Ada yang kata makan ubi kayu je lee. Tapi kalau tinggal kat Bandar nak tanam ubi pun susah.
Ni sekadar nak bincang-bincang je... segala komen sangat dialu-alukan. TQ.. Lain kali kita sambung lagi bicara..
Wassalam.
11 July 2008
AWAS IKAN AIR TAWAR YANG DIBELI
PEMELIHARAAN SECARA BESAR-BESARAN IKAN AIR TAWAR TERUTAMANYA IKAN PATIN DENGAN CARA DIBERI MAKAN BABI REBUS UNTUK TUJUAN PEMBESARAN YANG CEPAT. DI PASARKAN DI PASAR-PASAR AWAM DAN JUGA UNTUK EKSPORT.
OLEH ITU PASTIKAN SUMBER IKAN TERSEBUT SEBELUM MEMBELINYA. sumber: JAIP PERAK
1 | 2 | 3 | 4 |
5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 |
1 | Longgokan bulu-bulu babi berhampiran kolam |
2 | Tulang babi dibiarkan bertaburan berhampiran kolam |
3 | Tengkorak babi yang ditemui |
4 | Diantara bekas yang di gunakan untuk merebus. |
5 | Lombong kecil ini turut digunakan untuk menternak ikan. |
6 | Pemunggahan ikan patin kepada peraih. |
7 | Longgokan najis babi diletakkan disebelah lombong. |
8 | Diantara tempat merebus usus di satu kawasan lombong yang luas. |
9 | Air kumbahan yang dilepaskan ke saliran. |
10 | Patin dipelihara secara besar-besaran di lombong terbiar. |