Alhamdulillah, syukur buku kedua dah selamat ada di pasaran. Kat bawah ni sedikit sinopsis tentang buku ni:
Dalam menangani kehidupan ini, kita perlu kenal siapa diri kita dan kenapa kita dicipta. Siapa kita sebenarnya? Bagaimana kita hendak menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba dan dugaan di dalam dunia yang terlalu banyak masalah sekarang. Masalah berkaitan dengan manusia dengan manusia dan manusia dengan pencipta yakni Allah SWT. Bagaimana semua ini perlu diseimbangkan?
Sebenarnya buku ini penting untuk mereka yang sentiasa berasa risau atau sengsara dalam melalui kehidupan yang mencabar sekarang. Ia juga sesuai dibaca di kala sendirian. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang mahu mencari erti sebuah kehidupan.
Dan yang paling penting buku ini adalah satu perkongsian ilmu antara saya dan semua yang sudi memiliki dan membaca buku ni.
Di dalam buku ini antaranya saya ada membincangkan tentang erti sebuah kehidupan, sebuah keikhlasan, indahnya senyuman, nyatakan kasih sayang sebelum terlewat, hanya dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang dan banyak lagi yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian...
Saya amat berharap semua yang membaca buku ini akan mendapat sesuatu yang bermanafaat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dengan lebih bermakna bagi kelangsungan kehidupan kita di akhirat nanti... insyaAllah.
Dapatkan buku ni di kedai2 buku MPH, POPULAR
SELAMAT MEMBACA!!! DAN TERIMA KASIH...
6 comments:
Salam kak,
cmne nk dapatkan buku akak nie..hehe..
one thing..akak ade project lain ke untuk menulis...maz plan mcm nk JV ngan akak siapkan manuskrip dulu yang dah lama tertinggal. asal projek nk JV ngan ust maszlee malik tp dia dh g UK..so comm jadi rumit sikit. appreciate any idea and comments from you.
cheers,
mazlita
ops...any respond plz send to my alternate emel: mazoodie@yahoo.com.
thx kak..
Salam, Kak Rohani..
Tahniah kak..Alhamdulillah. Semoga memberi semangat kepada saya dan orang lain untuk menulis dan menghasilkan buku yang bermanfaat seperti ini.
Tahniah dan semoga menjadi amal jariah yang berterusan pahalanya hingga akhir dunia, ameen.
Salam ukhuwwah :)
Salam ina,
terima kasih ina, sudu datang blog akak ni.ya memang betul. kat m'sia ni kalau niat menulis utk jadi kaya, agak susah nk capai. Itulah, bagi akak menulis ni adalah sebagai ilmu bereterusan yg dpt diberikan bila sudah tiada disini. Itu saja yg mampu diberikan selagi mampu walau pun tidak lah sebyk mana. Cuma harapan dan doa adalah agar semakin ramai yg berminat membaca buku ilmiah bkan buku yg melekakkan saja.
P/s: akak teringin sgt nk jumpa ina. suatu hari nnti insyaAllah.Amin!
Tak sabar nak beli buku nie :)
saya pun nak jadi penulis macam kak..
masih banyak lagi perlu belajar
http://matlamat.com
Salam, terima kasih along. Kalau dah baca buku akak ni, sudi-sudilah bagi komen ya.. jangan segan2. Segala komen akak akan jadikan sebagai panduan untuk memperbaiki cara penulisan akak. Along pun apa kurangnya. Akak pun selalu ke blog along. Dah banyak kejayaan yg along dah capai kan. Tahniah! Semoga terus berjaya dunia akhirat. Amin ya Rab!
Post a Comment