30 March 2010

Mengisi Hari Yang pasti Mendatang.........

Walau dah lama tak menitipkan apa-apa di sini tapi hati sentiasa meronta untuk meluahkan sesuatu yang berbuku di hati buat tatapan semua yang sudi hadir di blog yang menjadi tapak buat mencurah sesuatu yang bermanafaat. Itulah niat di hati, sesuatu yang bermanafaat...

Bila melihat apa saja, hati terasa ingin untuk berkongsi rasa dan cerita dengan pembaca, tapi terkadang masa terlalu cemburu untuk memberi kesempatan buat diri ini mencatitkan luahan rasa itu melalui kata-kata yang ditinta...

Setiap hari yang berlalu terlalu cepat dirasakan.Ya Allah, kadang-kadang terasa waktu begitu cepat berputar. Baru saja pagi, tiba-tiba melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12.00 tgah hari. Kerja yang dibuat belum lagi selesai, malah kerja yang menunggu masih bertimbun, entah bila dapat diselesaikan dengan cara terbaik, bukan sekadar ia selesai tapi biarlah dengan sesempurna mungkin.

Bagi seorang suri rumah seperti diri ini, seperti tiada masa untuk berehat, jika tidak pandai menyusun atur aktiviti. Tambahan lagi jika tiada pembantu di rumah. Bangun pagi, menyediakan sarapan, kemudian hantar anak ke sekolah, balik ke rumah untuk mengemas, memasak. Pukul 2.00 petang, keluar lagi untuk mengambil anak di sekolah rendah dan menengah. Andai ada buat sedikit bisnes untuk membantu suami, terpaksa pula mencuri sedikit masa untuk itu. Petang hari pula usah dicerita, masa itulah nak mengangkat kain, nak melipat, menggosok dan makan petang bersama anak2.
Malam pula, nak siapkan makan malam, nak melihat tugasan sekolah anak-anak....

Oh Tuhan, bukan keluhan yang mahu diluahkan, tapi kalau difikirkan mampukah seorang wanita itu melakukan semua ini???

Itulah kelebihan seorang yang bernama wanita anda dan saya....

Tapi ikhlaskah kita melakukan semua itu???

Redhakah kita dengan semua yang berlaku dan telah ditakdirkan???

Usahlah menghitung apa yang telah kita dapat dari pengorbanan yang telah kita lakukan tapi fikirkanlah setakat mana yang telah kita lakukan untuk kebaikan orang-orang yang kita sayang dan sesiapa saja. Sesungguhnya orang yang terbaik adalah yang paling banyak memberi manafaat kepada orang lain...Subhanallah!

Setiap amal yang baik pasti akan berakhir dengan sesuatu yang baik, insyaAllah...


Marilah kita memulakan setiap hari yang baru dengan azam untuk buat yang terbaik walau pun mungkin apa yang kita lakukan tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Yang Maha Adil...

Dialah penilai yang Maha Adil....

No comments: