23 December 2008

Nak Jadi Jutawan!

Sememangnya Allah tidak memandang kekayaan sebagai ukuran kemuliaan seseorang. Tetapi jika ada dua orang yang sama-sama beriman, Allah lebih memilih orang kaya yang beriman dari orang miskin yang beriman. Maksudnya mereka yang kaya dan beriman lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Ini kerana banyak kebaikan dapat disumbangkan dengan hartanya yang banyak. Mereka dapat menyumbangkan kepada saudara Islam dan untuk kemajuan Islam keseluruhannya. Mereka boleh bersedekah dan mewakafkan harta mereka untuk kebaikan semua umat Islam. Ini semua boleh menjadi bukti kepada orang bukan Islam bahawa Islam tidak pernah menghalang kemajuan dan orang Islam akan lebih dihormati.
Jadi mari kita sama-sama berusaha untuk mencari kekayaan kerana orang kaya yang beriman lebih disukai Allah. Ingatlah golongan kaya yang soleh akan mendapat keuntungan di dunia dan mendapat kebaikan di akhirat nanti. Bertuah sungguh!. Kelebihan bagi orang yang menggunakan hartanya ke jalan Allah adalah sangat besar. Firman Allah
“Perumpamaan orang yang menggunakan hartanya kepada jalan Allah, bagaikan biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada setiap tingkai itu berbuah seratus biji dan Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Percuma!!!

No comments: