24 June 2008

Susu Ibu vs Susu Lembu


Assalamualaikum Wbt.

Sempena Hari Ibu ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini… dan saya ingin berkongsi dengan semua pengunjung blog tentang artikel saya ini sempena hari ibu.

Salah satu yang membezakan di antara manusia yang bergelar ibu@ ummi@ emak dengan makhluk Allah yang lain termasuk insan bergelar bapa@ abah, segala haiwan-haiwan dan serangga2… tak lain dan tak bukan ialah… SUSU IBU…. (Well, susu drpd ibu lembu dipanggil susu lembu atau susu awal lembu kan?…. bukan susu ibu lembu). Sila baca artikel ini sehingga habis.. mungkin anda boleh sampaikan kepada ibu2 lain…

Kelebihan Susu Ibu

Susu Ibu mempunyai nutrisi yang lengkap untuk bayi termasuk kandungan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga mempunyai segala khasiat seperti vitamin, mineral, hormon dan antobodi yang diperlukan oleh bayi untuk membesar. Dan TIADA.. saya ulangi.. TIADA.. susu-susu formula.. susu lembu atau susu kambing yang setanding dengannya untuk tumbesaran bayi.

Ok lah.. anda memang meminati susu formula atau susu lembu… Tak pe.. tapi anda harus ingat..

  • Jika susu formula diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, gejala alahan atau allergi akan meningkat untuk bayi anda.
  • Susu formula atau susu lembu memang ada vitamin dan mineral setelah ditambah oleh pakar-pakar untuk menyamai susu ibu… Walaupun begitu, ciptaan Allah tetap yang terbaik… antibodi tidak boleh ditambah di dalam susu formula… ini menjadikan susu ibu makanan paling power bayi..
  • Susu ibu adalah percuma… tak payah pergi supermarket beli.. jimaaaattt…
  • Hygienic… yelah tak payah jerang air panas, tak payah cuci botol… so si bapa, abah dan ayah tak payah bangun malam cuci botol dan buat susu… (eleh… memang tak pernah bangun pun!)…
  • Anak lebih rapat dengan ibu yang menyusukan menggunakan susu ibu...
  • Ibu yang inginkan badannya cepat langsing boleh mengamalkan penyusuan ibu kerana otot rahim lebih cepat mengecut dan lemak di badan akan digunakan untuk menghasilkan susu.

Susu Tak Cukup

Tapi kan… ramai ibu-ibu yang biasanya anak pertama… mengeluh.. bukan tak nak bagi… tapi tak cukup.. atau alasannya anak tak nak minum… walaupun alasan tersebut memang ada logiknya.. tapi mari kita sama-sama tengok...

  • Bila bayi menghisap puting, hormone prolactin terhasil di kelenjar pituitari di dasar otak, seterusnya hormone oxytoxin di hasilkan, menyebabkan pengecutan kelenjar susu..maka susu dihasilkan dan masuk ke mulut bayi. Semakin banyak bayi menyusu, maka lebih banyak prolactin terhasil jadi lebih banyak susu terhasil. Maknanya….. Kalau susu tak ada… bukannya kita berhentikan bayi itu dari menyusu.. sebaliknya kita kerapkan lagi susuan… nak elakkan bayi dehydrated.. kita sediakan juga sedikit susu formula sementara susu ibu nak terhasil.
  • Kadangkala kita mengikut pantang terlalu “strict”… Tak salah ye puan-puan… tapi macamana kita nak harapkan susu yang terhasil 2000 ml sehari (banyak tu.. boleh buat berniaga..hhehe)… kalau kita minum air pun 100 ml je sehari… Minum air kena cukup... Saya tak pasti kenapa orang tua strict sangat dengan air ni.. kadang-kadang depa kata nanti “kembang”… apa entah yang kembang… Menurut teori oleh Pakar saya… mungkin zaman dahulu, luka di tempat bersalin tu tidak berjahit (yelah dulu-dulu kan bersalin kat rumah).. kadang2 koyak tang sana- koyak tang sini… so nak elak dari luka tu terjangkit kuman, maka dikurangkan minum air, supaya kuranglah terkencing… bila kering cepat luka baik. Tapi sekarang luka dah berjahit, ada pulak antibiotik.. saya rasa alasan tu dah tak releven
  • Sekali lagi pasal pantang… susu ibu ini terhasil daripada pemakanan ibu yang seimbang… susu ibu kurang kalau ibu makan terlampau berpantang… contohnya nasi beberapa suap dengan ikan kering… buah-buah tak makan langsung… sayur pun tak makan… sup tak boleh minum (sup pun air).. susah kan.. ibu yang lepas melahirkan perlu makan makanan yang seimbang… kalau buah itu tak boleh… buah ini sejuk… awak beli je buah-buah luar negara.. epal ke apricot ke… susah jugak orang2 tua kita nak klasifikasi kan… tak tau mana sejuk mana panas…
  • Cara menyusu yang tidak betul. Sekiranya puan-puan tidak ada pengalaman menyusu, maka berlajarlah dari yang mempunyai pengalaman. Bantuan boleh didapati daripada klinik-klinik ibu mengandung atau hospital mesra bayi.
  • Tak nak bagi susu ibu sebab anda sibuk bekerja? Takut anak anda tak nak kat pengasuh? haaa..sekarang ni ada caranya... kalau anda betul2 sayangkan bayi anda... lihat di bawah...

Simpan Susu Ibu di dalam FREEZER?

Tak Bohong! Memang boleh masuk dalam freezer. Saya pun pernah buat… Walaupun mendapat tentangan daripada family awal-awal dulu… Kata mereka nanti anak kembung.. anak sakit… susu tak elok… Saya teruskan juga… Hasilnya, anak-anak saya mendapat susu ibu sehingga 5-6 bulan walaupun orang rumah bekerja. Mudah aje.. guna breast pump, masukkan dalam bekas plastik kecik… letak tarikh.. masukkan di dalam freezer (beku). Susu dalam freezer boleh tahan 3 bulan!
· Susu ibu di dalam suhu bilik tahan 4-8 jam
· Susu ibu di dalam fridge bawah tahan selama 5 hari - 1 minggu (letak kat belakang)
· Susu ibu di dalam freezer tahan selama 3 bulan – 6 bulan. (Wow! Tak tahu pun!)
· Untuk mencairkan susu beku, jangan guna microwave, air panas, atau air menggelegak. Cuma rendamkan di dalam air suam kuku atau air biasa sebelum digunakan, atau letakdi fridge bawah beberapa jam sebelum direndam di dalam air suam. Kemudian boleh transfer di dalam botol...


Di zaman teknologi, bidang perubatan juga telah berubah. Kajian demi kajian menunjukkan bahawa Ibu menghasilkan susu yang sangat baik untuk anak mereka. Kasihan sekiranya, para ibu tidak menganugerahkan susu ciptaan tuhan kepada anak mereka disebabkan oleh kejahilan mereka sendiri atau kejahilan ibu-bapa mereka. Pantang-larang tidak berubah sejak zaman berzaman… tetapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan … Selamat Hari Ibu…


21 June 2008

Rezeki Secupak TakKan Jadi Segantang.....

Assalamualaikum semua!

"Rezeki secupak tak kan jadi segantang', memang benarlah peribahasa ini. Tanpa usaha kita tak mungkin akan berjaya. Kalau hanya duduk diam nasi dalam pinggan pun tak kan masuk dalam mulut kalau tidak disuap. Itulah pentingnya usaha untuk mencapai apa saja yang kita idamkan. Kalau hanya dudu diam, berangan-angan tanpa bertindak tak ada apa-apa yang akan berubah dan kita tidak merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Dan Allah itu maha adil, orang yang berusaha pasti akan berjaya , bersabarlah...

Tapi kalau dah berjaya "bila melihat langit diatas, jangan pula lupa rumput yang menghijau dibawah". Itulah indahnya perbahasa lama. Bila dah berusaha berdoalah untuk kejayaan dan kejayaan itu bukan tiket untuk kita bermegah-megah atau menyombongkan diri. Itu semua kurnia Ilahi, gunakanlah ia kejalan yang diredhai, pasti hidup akan diberkati didunia hingga akhirat.....

Semoga mendapat sedikit iktibar di pagi yang indah ini!

Ummu Kauthar

19 June 2008

Tip perkahwinan, Hidupkan suasana cinta suami isteri




Sekadar perkongsian....dipetik daripada sebuah akhbar tempatan

APABILA wujud perkahwinan, tidak semestinya semua berjalan dengan baik dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar.

Di bawah ini diperturunkan pengalaman masyarakat serta tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru saja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan.

“Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.”

“Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.”

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik saja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada saja SMS yang dihantar, kadangkala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang 100 peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutama dari segi kerjaya. Kadangkala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadangkala dari segi perangai, rupa paras, bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mula berkenalan dulu.

7. Anda tidak semestinya bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza.

Yang penting tolak ansur, mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau masalah.

Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Mereka inilah pasangan sehati sejiwa masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadangkala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ia bergantung kepada mood dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan ego berlebihan amat berbahaya.

Apabila berlaku perselisihan, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.

Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Yang paling penting selalulah berdoa agar kebahagiaan yang kita kecapi sekarang bersama suami dan anak-anak akan terus kekal sehingga ke akhir hayat dan berlanjutan membawa kesyurga yang abadi. Doa senjata bagi kita orang mukmin, gunakanlah ia setelah kita berusaha dalam apa jua yang kita lakukan. Kebahagiaan yang diberkati Allah adalah kebahagiaan yang hakiki. InsyaAllah.... Amin Ya rabbalalamin...


Sumberisuhangat.

Puisi Untuk Suami Tercinta


Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri takhta ibu sebagai tempat pertama yang perlu dihormati telah bertukar kepada suami… memang sebak hati ibu untuk menerima keadaan ini. Tapi itulah hakikat yang mana ibu kita pun telah melalui situasi seperti ini suatu ketika dulu… tapi ini tak bererti kasih sayang kita kepada ibu juga telah berkurangan. Malah ia tetap utuh dan semakin bertambah tambahan pula bila kita juga sudah bergelar ibu.

Dan wahai para suami gunakanlah kuasa yang telah bertukar tangan itu untuk kau jadikan wanita iaitu isterimu sebagai seorang yang paling istimewa dihatimu. Hargailah mereka, kasihilah mereka, kasihanilah mereka, didiklah mereka dan ucapkanlah apa saja yang boleh melembutkan hati mereka. Pasti mereka akan menghadiahkan pusi ini untukmu…..

WAHAI SUAMIKU……..

Wahai Suamiku,,, Sepertinya,suami adalah,
Bila dipandang tak menyakiti
Bila dilirik, manis sekali,
Bila tertawa ada yang menemani,
Bila menangis ada yang menaungi,

Tegurannya membukakan hati,
Ucapannya ubat pelipur hati.
Hasratnya selalu menyayangi,
Dan kasih Sayangnya tak bertepi

Wahai suamiku..
Datanglah..
Masuklah dalam rumah bilik yang indah ini,
Walaupun tak berharta, tapi ianya menentramkan hati..

Wahai suamiku..
Duduklah dikerusi ini,
Walaupun bukan dari jati, tapi dudukmu dapat menghilangkan kepenatan sehari.

Wahai suamiku..
Marilah kubukakan sepatu dan pakaianmu,
Walaupun tangan- tangan ini tak selembut bidadari, tapi mudah2 an dapat melonggarkan jasmani..

Wahai suamiku..
Minum dan teguklah air jernih ini,
Mungkin tak sesegar air pegunungan tapi Insya Allah dapat melenyapkan dahaga..

Wahai suamiku..
Duduklah di kerusi ini, dan mari kutemani engkau makan,
Mungkin makanan ini tak selazat seperti direstoran2 mahal dikota, tapi kebaikan dan kehalalannya telah teruji..

Wahai suamiku..
Kenyangkah dirimu.. segarkah dirimu..
Mintalah apa yang kau mau ..

Wahai suamiku..
Bila sakit hati menerpamu,
Berilah ampun pada diri ini,
Tanpa ampunan mu, sengsaralah diri ini..
Berjuta-juta malaikat mengutuk ku tanpa henti ..

Wahai suamiku..
Bila pedih menghampirimu..
Marilah… rebahlah dalam bahuku ini
letakkanlah kepalamu disisiku, menangislah.. mudah2an bahu kecil ini dapat meringankan kepedihanmu..

Wahai suamiku..
Bila marah menerjangmu,
Pandangilah diriku, kutundukan mata ini seraya meminta ampunan dari mu..

Wahai suamiku,
Jika kau berikan harta kepadaku,
Alhamdulilah, seraya berucap pada AllahurRabbi, berkatilah rezeki ini dan cukupkanlah hamba atasnya..

Wahai suamiku,
JIka kau nyatakan kesulitan di hadapanku..
Ingin secepatnya ku peluk dirimu, seraya berkata, jangan sedih suamiku, Mari kita ringankan kesulitan itu…
Setelah kesulitan pasti ada kemudahan..

Wahai suami ku..
Apapun yang kan kulakukan, asalkan jalan pada Allah yang sebenarnya,
Redha mu mempermudah Redha Allah pada ku,
Syurgaku ada di bawah naunganmu..

Peganglah erat2 tangan ini, umpama tangan ini tercipta untuk membantumu..
Tataplah mata ini seraya menyajikan lautan kedamaian..
Senyumlah, karena diriku tak rela sekejap pun terhalang dari mu..
Bawalah diriku kemana kau tuju..
Sertakan diriku disetiap langkahmu..
Kepada Allah lah kita menuju..
Ampunilah daku suamiku……

Isterimu…

Ahlan Wa sahlan!

Salam perkenalan kepada semua yang sudi melayari blog ini. Blog ini insyaAllah akan memaparkan kisah-kisah atau apa saja berkaitan dengan kaum wanita seperti resipi, cara berpakaian, kisah-kisah teladan, gambar-gambar menarik dan apa saja yang dirasakan menarik dan dapat menjadi panduan atau santapan kepada kita kaum wanita.

Sebenarnya saya agak teruja untuk membuat blog ini sebab saya rasa amat banyak info yang kita boleh kongsikan bersama untuk kesejahteraan kehidupan kita dunia dan akhirat. Dan bila blog ni dah siap, saya semakin teruja sampai rasa seolah-olah kelu lidah nak berkata, maklumlah baru pertama kali bertemu kawan-kawan baru (kawan-kawan maya), rasa banyak sangat nak diperkatakan tapi saya akan cuba memberikan info setakat mana yang saya mampu, insyaAllah.

Apa-apa pun saya harap blog ini akan menjadi salah satu sumber info kepada kita semua. Amin. Terima Kasih sekali lagi kepada semua…..