27 October 2008

KEHIDUPAN KITA DIKELILINGI RACUN!!!

Assalamualaikum...

Kehidupan kita sekarang dikelilingi oleh racun???

Apa tidaknya, sudahlah pencemaran udara, air sudah terlalu banyak, kini banyak makanan sememangnya sudah tidak selamat untuk dimakan. kalau dibuat kajian pun bukan semuanya. Malah banyak yang sudah berdarah daging dalam badan kita baru dibuat kajian. Dan sudah banyak yang mati kerana cara pemakanan yang tidak menghiraukan apa sebenarnya yang dimakan.

Kalau bercakap tentang mati, semua kita akan mati cuma cara dan sebab kita mati sahaja yang berbeza. Tapi yang penting biarlah sebelum kita mati , kita dapat menikmati kehidupan yang sihat dan ceria. Jika sudah sakit situ, sakit sini bermakna semua nikmat sudah hilang.

Itulah pentingnya kita menjaga pemakanan supaya kita tidak terlalu terdedah kepada penyakit yang tidak sepatutnya kita dapat. Kadan-kadang kita merasakan apa yang kita makan sudah baik dan berkhasiat tapi tut tut bila dibuat kajian apa yang kita makan itu adalah tidak selamat. Jika nak buat kajian kat rumah sebelum makan sesuatu makanan mana ada kelengkapan!!

So... Apa yang kita harus lakukan???

Ikan di pasar pun sudah tercemar dengan bahan kimia, Bawang yang menjadi asas utama dalam masakan pun tercemar dengan bahan kimia untuk menjadikan ia tahan lebih lama, sayur-sayuran tercemar dengan racun serangga, buah-buahan, itu tidak dikira makanan yang sudah diproses lagi. Entah apa kandungan bahan didalamnya pun kita tidak pasti.

Bukan setakat makanan. semua sabun, shampoo, pencuci muka, bedak dan apa saja yang kita gunakan sememangnya mengandungi bahan kimia yang merosakkan kualiti hidup kita sedikit demi sedikit...

Jadi apa yang kita nak buat sekarang??? Jelas kita dikelilingi semua benda beracun. sebab tu orang tua dulu-dulu sihat sebab semua yang dimakan adalah dari hasil kebun sendiri dan dibuat dengan tangan sendiri.

Kita mana ada masa untuk buat itu semua. Semuanya mahu cepat!
Jadi jangan salahkan takdir jika kita juga cepat kena penyakit...

kita hanya merancang dan berusaha tetapi kita perlu berikhtiar, dan semuanya terserah kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita... Walahua'lam

22 October 2008

6 PESANAN UNTUK WANITA...


Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani.

Amalan itu ialah :-
1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.
2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwatailla billahi'aliyil' azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.
3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuh dan resah gelisah."

21 October 2008

Salam kemaafan...

Assalamualaikum semua....

Maaf sebab dah lama tak keluarkan post baru...
Agak sibuk... mula-mula Hari raya, pastu sibuk ngan 'open House'.
Sekarang ni sibuk ngan anak-anak yang tengah exam akhir tahun.
Dan selain dari tu sibuk gak menyiapkan penulisan yang dah lama terbengkalai dek kesibukan menguruskan keluarga...

Pentingnya pengurusan masa! kalau tidak semua benda tidak dapat dibereskan. Tambahan pula dengan masa yang terlalu singkat sekarang. Kadang-kadang hanya sempat selesaikan beberapa kerja saja dalam satu hari, tiba-tiba dah tengah hari, tiba-tiba dah petang dan malam pula. Kalau dingatkan semula waktu kecil dulu untuk menghabiskan masa sehari tu, rasanya sungguh lama tapi sekarang...

Mungkin dunia sudah akhir zaman, jadi jangan berlengah lagi. Jangan bazirkan masa. Jangan benarkan masa berlalu tanpa pengisian yang berfaedah. Masa yang berlalu tidak mungkin hadir lagi. Bukan apa takut nanti kita menyesal suati hari nanti kerana tidak melakukan yang terbaik untuk masa yang telah diberikan Allah kepada kita. Dalam hal ini Rasulullah ada berpesan supaya bersedialah dengan:

  1. Masa hidup sebelum mati

  2. Masa sihat sebelum sakit

  3. Masa muda sebelum tua

  4. Masa kaya sebelum miskin

  5. Masa senang sebelum susah

Masa akan terus berjalan tanpa henti... Kita semua menuju mati... semakin hari kita semakin mendekati hari kematian... Jadi apa bekalan kita untuk menghadapinya??? Di sana kita akan mendapat kebahagiaan abadi anadikata kita mengisi masa di dunia dengan banyak mengingati Allah... Semoga kita semua mendapat petunjuk Allah disetiap detik waktu...

wassalam